PAKEJ NIKAH DI THAILAND DAN FATWA

Pakej yang ditawarkan termasuk:

1) Pengangkutan pergi dan balik.

2) Penginapan dua hari satu malam.

3) Makan tengah hari untuk pasangan.

4) Bayaran Majlis Agama Islam Thailand.

5) Bayaran kepada Imam jurunikah (Qadhi).

6) Bayaran kepada 2 orang saksi.

7) Bayaran Surat Daftar Malaysia Konsulat General Malaysia.

8) Bayaran fotostat semua dokumen

9) Gambar dan video

10) Khidmat nasihat panduan dan tutorial daftar Malaysia.

Segala proses pernikahan yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang  telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia beserta Jabatan Agama Islam Malaysia.

Proses Nikah di Thailand

Pihak kami akan membawa pasangan ke Majlis Agama Islam Thailand. Perkahwinan akan berlangsung di MAIS sejurus selepas tiba di sana salin pakaian ikut kehendak pakaian pengantin masing-masing atau pakaian bebas yang menutup aurat.Selepas itu barulah acara akad nikah berlangsung.Dengan pihak kami biasanya pihak tuan puan tidak perlu tunggu lama untuk giliran akad nikah sebab pihak kami telah membuat temujanji terlebih dahulu. Dalam tempoh 30 minit selepas perkahwinan, MAIS akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan nikah.Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mereka membuat pengesahan tentang pernikahan anda.

Selepas itu, kami akan membawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Bandar Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Selepas itu pasangan akan terus pergi ke hotel yang terletak di Hatyai atau Songkhla.

Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan dan terus ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai segala urusan di Konsulat terus bertolak pulang untuk pastikan tidak menempuh kesesakan di sempadan pada waktu petang supaya anda dapat pulang awal.

Dokumen yang Perlu Dibawa ke Thailand

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Kad pengenalan

2) Pasport atau Pas Sempadan(Border pass untuk ic alamat Kedah,Kelantan,Perlis,Grik,Pengkalan Hulu dan Lenggong).

3) Bagi janda, bawa surat cerai atau surat mati suami yang original

4) Bawa videocam (kamera atau telefon berkamera)

Keperluan Visa untuk memasuki Thailand

Biasanya negara-negara visa on arrival untuk masuk Malaysia begitu juga Thailand anda boleh dapat visa on arrival tetapi kalau anda memerlukan visa sebelum masuk Malaysia begitu juga Thailand anda kena buat perkara yang sama.

Penduduk negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa sebelum ke Thailand; Afghanistan, Algeria, Egypt, Iran, Iraq, Lebanon, Libya, Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen.

Pemilihan Tarikh Pernikahan/ Perkahwinan

Pilih tarikh mana-mana dua hari bekerja Isnin hingga Khamis untuk nikah di Thailand supaya pasangan boleh balik dengan dokumen yang lengkap iaitu; surat nikah, surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Thailand serta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

Sekiranya pasangan menghadapi kesukaran untuk pergi pada hari bekerja, pasangan boleh pergi pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) atau cuti umum untuk urusan nikah terlebih dahulu, manakala urusan surat pengesahan Konsulat Malaysia boleh dibuat kemudian. Pihak kami akan menguruskan surat pengesahan tersebut dalam tempoh tiga hari bekerja.

Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Rahsia di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1) Pernikahan itu mengikut rukun nikah

2) Pernikahan itu melebihi dua marhalah

3) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

4) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah Thailand berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0

Keputusan Persidangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mesyuarat memutuskan bagi perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran bernikah dari JAIN,  semua pihak sama ada di Malaysia mahupun di Selatan Thailand hendaklah memastikan perkahwinan yang dijalankan mengikut hukum syara’ dalam masa sama hendaklah mempunyai dokumen-dokumen utama seperti mempunyai dokumen keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand yang sah, perakuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand, serta sijil nikah yang sah dari Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Thailand.

(Dipetik daripada portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -http://www.islam.gov.my/bila-dua-kuasa-duduk-bersama)

(Visited 47 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top