Tutorial Daftar Nikah Luar Negara Di Ke semua Negeri Kecuali Pantai Timur

Selepas nikah apabila dapat dokumen  yang lengkap , langkah-langkah untuk daftar nikah luar negara (Thailand) adalah seperti berikut;

 Untuk negeri-negeri selain pantai timur,

Pergi ke Mahkamah Syariah ikut negeri yang tertera dialamat kad pengenalan anda.Sebelum itu buat salinan untuk setiap dokumen nikah anda dapat semasa nikah itu hari untuk diberi pada Mahkamah.

Selepas itu Mahkamah akan meminta anda untuk buat afidafit.Afidafit ini adalah lebih kepada penceritaan kronologi pernikahan anda semasa di Thailand samada anda buat sendiri borang RM5 atau boleh minta panel peguam syariah di Mahkamah tersebut untuk buatkan upah RM250.

Setelah selesai afidavit bolehlah hantar  permohonan bersama dengan afidafit dan salinan dokumen nikah ke Mahkamah untuk dapatkan tarikh sebutan kes.

Untuk sebutan kes Mahkamah akan bagi slip dimana anda perlu ikut tarikh yang diberi selepas 2 hingga 3 minggu.Sekiranya tidak hadir kemungkinan kes anda akan ditangguh atau dibatalkan itu akan menyukarkan anda untuk mohon sekali lagi.

Pasangan suami isteri mesti hadir bicara pada tarikh tersebut. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula untuk kes perbicaraan.

Setelah itu keputusan akan diberi hakim akan mengesahkan pernikahan pasangan. Selepas hakim memutuskan pernikahan tersebut sah, mahkamah akan keluarkan surat perintah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan tersebut.

 Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan bayaran Rm8.00 & bawa ke pejabat agama daerah untuk daftar nikah.

Isi borang daftar nikah luar negara yang telah disediakan oleh pejabat agama. Selepas 1 bulan pasangan perlu datang semula ke pejabat agama untuk mengambil sijil nikah. Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top