3 Pengesahan Nikah di Thailand | Hukum Kahwin di Thailand

Bagi memastikan nikah di Thailand sah atau tidak, terdapat 3 proses pengesahan nikah di Thailand yang anda akan lalui seperti berikut :-

1. Apabila anda mengikuti pakej nikah Thailand yang saya tawarkan selepas sahaja nikah Siam itu selesai anda akan dapat surat nikah Thailand termasuklah surat pengesahan nikah di Thailand.Ini bermakna anda mendapat pengesahan nikah Thailand yang pertama iaitu di Majlis Agama Islam .

2. Selepas selesai proses di pejabat Agama proses yang kedua adalah pengesahan nikah di konsulat Malaysia.Proses ini mengambil masa 2 hari dimana pemohon hendaklah memohon terlebih dahulu kemudian surat konsulat akan diberi keesokkan harinya.Maksud disini pengesahan yang pertama semasa dipejabat agama membolehkan anda mendapat pengesahan yang kedua iaitu di kedutaan Malaysia.Hasil dari kedua-dua surat pengesahan nikah di Thailand ini membolehkan anda membuat pendaftaran nikah di Malaysia.

3. Pengesahan nikah Thailand yang ketiga adalah setelah selesai sahaja segala proses kahwin di Thailand anda perlu mendaftarkan pernikahan di Thailand anda di Malaysia .Setelah Mahkamah syariah negeri mendapati perkahwinan di Thailand anda sah selepas itu barulah anda mendapat surat perintah Mahkamah yang mengatakan perkahwinan di Thailand anda sah di bawah undang-undang syariah negeri.

Segala maklumat yang diberikan diatas ada kaitan dengan hukum kahwin di Thailand cumanya secara terperinci adalah :-

Hukum nikah di Thailand tanpa pengetahuan wali

1.Pernikahan sah mengikut rukun nikah.

2.Perkahwinan yang lebih dua marhalah iaitu 96 kilometer dari jarak wali nasab.

3.Mahkamah syariah membenarkan perkahwinan seorang perempuan itu berkahwin atas alasan hukum syarak di tempat dia bermastautin.

4. Pernikahan di Thailand itu hendaklah dilakukan oleh wali hakim (jurunikah) yang diiktiraf bagi wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim(jurunikah)

(Perkahwinan di Thailand itu TIDAK SAH sekiranya Wali Hakim(jurunikah) menikahkan pasangan suami isteri di dalam negara Malaysia menggunakan Imam dari Thailand. Ini adalah kerana pertauliahan kadi atau jurunikah tersebut hanya sah di wilayah Thailand yang ditauliahkan sahaja ).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah(96 kilometer)adalah sah menurut mazhab Al-Syafie

Peringatan daripada saya segala proses bukan mudah sebab itu perlunya perkhidmatan saya supaya anda tidak terjebak dengan nikah sindiket iaitu proses kahwin Thailand yang tak sah malah kemungkinan dokumen pun tak lengkap.

Tiga pengesahan nikah Thailand saling berkait rapat dengan hukum kahwin di Thailand samaada kahwin di Thailand sah atau tidak.


Hukum nikah gantung/khitbah

Hukum nikah gantung adalah sah selagi menepati 5 rukun nikah iaitu suami, isteri, saksi, wali dan akad(ijab qabul). Bicara tentang wali ,sekiranya tiada wali nasab bersama semasa akad nikah,wali itu hendaklah wali tauliah dari Majlis Agama Islam wilayah di Thailand.

Perkawinan di Thailand itu juga hendaklah dilakukan di pejabat agama di Thailand supaya perkawinan Thailand itu sah dan diiktiraf.

Biasanya nikah khitbah jurunikah(kadi bertauliah) akan menikahkan pasangan lelaki dan perempuan tetapi tidak diizinkan bersama atas sebab tertentu yang dibenarkan syarak berdasarkan kemampuan pasangan melaksanakan tanggungjawab.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top