10 Syarat Nikah Di Thailand

Antara 10 Syarat Nikah Di Thailand adalah : 

  1. Syarat nikah di Thailand yang paling utama orang terlepas pandang adalah apabila anda ber watsapp dengan individu tersebut individu tu sendiri yang sepatutnya membawa atau menguruskan anda dari mula urusan hinggalah selesai urusan.

Ini adalah sangat penting kerana ada individu yang scam mengatakan dia menguruskan pernikahan di Thailand tetapi akhirnya bukan dia sendiri yang menguruskan.Tadbir urus pengurusan bagi pemudah cara untuk anda daftar pernikahan Thailand anda di Malaysia kemudian hari.

  1. Dalam pemilihan ejen nikah di Thailand, agensi tersebut hendaklah seorang yang bertauliah.

Maksud ejen yang bertauliah adalah ejen yang telah mendapat pengiktirafan hasil persetujuan bersama dalam Persatuan ,yang membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand senang untuk daftar di Malaysia kemudian hari.

Manakala ejen nikah Thailand yang tidak bertauliah adalah ejen yang tidak sepakat dengan majoriti perkara yang telah dibincangkan dalam Persatuan dan tidak bersetuju dengan muafakatan malah tidak dapat pengiktirafan erti kata lain scammer.

Hati-hati dengan ejen  yang menawarkan perkhidmatan seperti harga terendah dan bayar selepas akad nikah kerana sepanjang penglibatan saya dalam urusan kahwin di Thailand tiada istilah bayar kemudian di pejabat agama.

Saya kuatiri anda terjebak dengan ulat di sempadan Bukti Kayu Hitam.

Sekiranya anda terjebak dengan individu berlainan ketika berada di Changlun erti kata lain anda berurusan selain dari individu yang anda whatsapp,sila batalkan urusan tersebut dan anda boleh hubungi saya untuk urusan kahwin di Thailand.

  1. Syarat nikah di Thailand yang perlu anda patuhi adalah anda perlulah datang awal atau sebelum waktu atau pada jam 6 pagi di Changlun Kedah. Ini bagi mengelakkan kesesakkan ketika masuk di sempadan Thailand.

  2. Syarat yang keempat pastikan harga tidak rendah atau lebih murah dari yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana dikuatiri anda berurusan dengan scammer. Elakkan juga terjebak dengan agen nikah Thailand menggunakan konsep ulat di sempadan yang menawarkan pembayaran nikah dulu bayar kemudian . Ini juga anda sudah terjebak dengan nikah sindiket sebab kebiasaannya bayaran hendaklah dijelaskan semasa urusan untuk membolehkan pertukaran duit ke baht.

Untuk makluman segala urusan ketika nikah siam adalah menggunakan matawang baht dan pertukaran matawang perlu dibuat awal supaya memudahkan pelancaran kahwin di Thailand.

  1. Paling utama anda kena buat adalah pasport dan bawa kad pengenalan bakal suami dan isteri manakala mas kawin minimum RM50-100 perlu disediakan.Bakal isteri sekiranya pernah berkahwin perlu bawa surat cerai yang asli manakala kematian suami bawa surat kematian.

     

  2. Pastikan tempat nikah di Thailand adalah tempat yang diiktiraf JAKIM antaranya terdapat beberapa tempat Majlis Agama Islam Thailand yang diiktiraf contohnya di utara ni terdapat dua pejabat agama iaitu Majlis Agama Islam Songkhla dan lagi satu di Majlis Agama Islam Satun.Kedua-dua majlis agama islam diiktiraf oleh JAKIM kerana pernikahan Thailand yang dilakukan mengikut hukum syarak di pejabat agama tersebut.

Manakala di daerah betong di Majlis Agama Islam Yala serta wilayah yang agak ketengah sikit di Majlis Agama Islam Pattani.

Di belah-belah sempadan Kelantan di Majlis Agama Islam Narathiwat.

Dikesemua majlis agama islam pengesahan nikah di Thailand tetap tertakluk pada konsulat/kedutaan Malaysia di Songkhla yang mengesahkan.Tiada pengesahan tersebut agak sukar untuk proses daftar Malaysia kemudian hari.

 

  1. Perkara paling penting ketika nikah Thailand adalah pengesahan nikah Thailand tersangatlah penting bagi memastikan keabsahan sesebuah perkawinan di Thailand. Ini adalah kerana apabila proses daftar di Malaysia surat konsulat/kedutaan Malaysia wajib ada dalam urusan pendaftaran.
  1. Syarat nikah di Thailand yang anda perlu tahu untuk dapatkan surat pengesahan konsulat/kedutaan Malaysia adalah selama 2 hari bermakna anda memohon hari ini dan akan dapat keesokkan harinya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kad pengenalan warga tentera tidak dibenarkan memohon sama sekali.Kalau ada yang mengatakan boleh tu adalah scam semata-mata.Jangan percaya dan silalah merujuk kepada saya untuk maklumat lanjut.

  2. Jangan risaukan tentang peti simpanan suara ketika berada di Thailand. Ini adalah kerana tiada istilah “anda berada di luar kawasan” ketika sesiapa sahaja yang menghubungi anda dari Malaysia.Bunyi telefon anda akan seperti biasa sekiranya ada liputan dan sekiranya tiada liputan anda tidak akan dapat hubungi.Segala talian boleh digodek melalui ditelefon anda.

     

  3. Apabila sesebuah perkawinan Thailand itu perlu didaftarkan di Malaysia adalah kerana untuk mengesahkan nikah di Thailand. Ini tidak bermakna yang nikah Siam itu tidak sah akan tetapi apabila kahwin Thailand terdapat 2 pengesahan iaitu ketika di majlis agama itu sendiri dan lagi satu ketika di konsulat/kedutaan Malaysia.wasiat dan untuk buat surat beranak anak sekiranya mempunyai anak hasil dari perkahwinan Thailand tersebut.

Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kebajikan anak terjamin lagi-lagi dari segi nasab mereka.

Contoh pasangan tidak mengikuti syarat nikah di Thailand dan terjebak nikah sindiket .

Syarat nikah di thailand
Kahwin di Thailand
Kawin Thailand

Itu sahaja perkongsian dari saya En Shah, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda mendapatkan maklumat nikah di Thailand. Jika ingin menggunakan perkhidmatan saya sila hubungi di talian 019-6698436 atau layari pakej Nikah  Thailand yang saya tawarkan.

(Visited 115 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top